Wednesday, October 19, 2011

Rose Pink Klasik Lagi

Old Rose/Damask Rose



Ini hanyalah cerita untuk mengenang sejarah pink klasik saya kerana terkini hampir semua pokok-pokok rose saya ini dijangkiti kulat sejak menerima hujan tak berhenti sejak beberapa hari lalu..mujur saya sempat lagi merakamkan gambar rose yang ketika ianya masih cantik..

Sekarang ini yang ada hanyalah lagu sedih apabila masuk ke halaman dan saya terpaksa menunggu sebulan dua lagi bagi pokok-pokok rose saya pulih seperti sediakala....


Ada sedikit penambahan info tentang rose ini...spesies ini menurut seorang teman yang juga peminat rose adalah spesies yg banyak ditanam di luarnegara bagi membuat wangian...


Hanya ini saje catatan ringkas kali ini....bila-bila senang nanti saya akan edit semula tentang pink klasik ini...Sampai ketemu lain kali..

.

Sunday, September 25, 2011

Rose Kampung Klasik..







Nyaman sungguh udara selepas hujan di waktu petang hari ini ...angin lembut.. sejuk segar sepoi-sepoi.. berbahasa... berbalas kunjungan di laman rose saya...langit sememangnya tidak cerah namun begitu tidaklah pula hujan turun dengan semahunya ..mutiara hujan yang gugur ala kadar sahaja...Alhamdulillah sejuk juga bumi ini buat seketika..

Pokok-pokok rose kampung yang ditanam suami saya 2 bulan lepas sudah menampakkan hasilnya...membesar dan meninggi hidup subur dan sihat..walau kerap kudup-kudup bunga diserang 'thrips' ...tapi ada juga yang mampu berkembang menjadi bunga ..akhir-akhir ini hujan kerap turun dan thrips pun agaknya tak tahan dengan titisan air hujan yang agak lebat..entah ke mana terbangnya ...selepas hujan.. banyak sungguh pink rose saya ini berkembang tanpa gangguan...molek saje kembangnya tidak kaku seperti yang sering diganggu thrips....

Bila keadaan dan suasana ini wujud di taman serasa ingin saje duduk berlama-lama bermalas-malasan di wakaf atau di anjung bersandar di kerusi rotan sambil menghirup English Grey Tea yang berbau harum...sambil itu juga mata tak lepas merenung roses pink ini melentuk ditiup bayu senja di samping menyedut aromanya yang seakan air sirap rose hehe....dalam masa yang sama mendengar kicauan riang kenari biru di sangkar pula ...

Tapi tak boleh juga ye diikutkan sangat bersantai-santai ni ..saya ni bukan boleh melayan benda-benda ni semua..nanti bukan setakat pokok dan bunga rose yang direnung...sekali dengan awan dan langit saya perhatikan...saya ni pantang melihat awan.. kerana saya akan terus melihatnya hingga ianya habis berarak dan menipis.....

Baiklah sampai setakat ini dulu catatan kisah roseku kali ini...semoga roseku sentiasa segar dan hidup subur..amiin..sampai jumpa lagi



27 Syawal 1432Hijrah


.

Wednesday, July 27, 2011

Menanam Rose Lagi..

Inilah spesies bunga rose kampung Pink Classic yang suami saya tanam

Yang ni pun sama rose putih kampung

penjuru laman yang dahulunya kami tanam pokok pinang kipas dan bunga bakung..selepas pinang ditebang tunggulnya itulah yang menjadi sarang pelbagai jenis semut...ish geli geleman kalau ingat semasa suami saya cuba menghapuskannya





Hari Khamis pagi lepas iaitu pada 21 Julai kami ke nursery lagi untuk menambah bekalan anak pokok rose berwarna pink lembut atau dikenali sebagai Pink Classic yang sangat berbau harum...kami mencuba menanam kesemua anak pokok spesies ini di atas tanah..harapannya suburlah dan cepatlah tumbuh tinggi nanti ..insyaAllah

Suami saya mengambil masa beberapa hari untuk membersihkan tanah di penjuru halaman sehingga bebas dari segala macam jenis semut sebelum menanam kesemua roses itu. Bekas tapak bunga bakung sangat banyak semut membuat sarang..Apabila keadaan tanah sudah menjadi stabil barulah dia menanamnya

Sebanyak 13 pokok rose Pink Classic berjaya ditanam dengan 3 rose kampung warna kuning dan 2 rose kampung warna putih...suami saya hanya menjarakkan 1.5 kaki sahaja bagi setiap 2 pokok..

Kesian pulak suami saya dalam usahanya menyingkirkan semut-semut itu dia telah digigit semut satu badan sampai ke hari ini walaupun nampak ada tanda-tanda kurang... gatal-gatal digigit semut masih tak hilang lagi.....semoga dia sembuh sepenuhnya dan roses saya pun harap-harapnya tumbuh dengan sihat dan subur serta rajin mengeluarkan bunga...ameen..



.

Monday, July 11, 2011

Rose Kuning Cair..







Rose kuning cair ini bukan dari jenis mini...menarik juga warnanya..saiznya agak sederhana dan tak begitu besar..saya pun tak tau dari jenis yang mana..masa baru beli banyaklah cabangnya yang mengeluarkan bunga..buat masa ini saya sudah cantas semua ranting-rantingnya...harapnya keluarlah tunas baru nanti..

.

Sunday, July 10, 2011

Rose Kuning Mini






Saya ada 2 jenis rose yang kuning...yang saya paparkan di sini ialah spesies yang mini yang ditanam dalam pasu PVC panjang...ia berkongsi ruang dengan warna putih dan merah yang kesemuanya dari spesies mini....rose kuning saiz mini ini terang warna kuningnya dan nampak ceria dan menarik...salah satu warna yang saya suka... :-)


.

Friday, July 8, 2011

Mawar Putihku..





saya suka melihat pokok rose yang tegak berdidi berbunga putih ini...cantik sekali..



Buat masa ini saya spesies yang berwarna putih saya ada 2 pasu di rumah...kelopaknya berlapis-lapis sekali pandang persis bunga cina yang putih itu..tapi yang putih ini kalah baunya dari yang berwarna magenta di mana yang berwarna magenta baunya lebih harum lagi...apapun mawar putih ini perlu ada dalam koleksi saya bagi memceriakan lagi warna-warna roses apabila digabungkan bersama.. :-)

.

Thursday, July 7, 2011

Masih Lagi Rose Merah Lembayung

yang ini saya rakam gambarnya di balik mentari pagi sebab itu tak nampak silaunya..





Bunga dan pokok rose kelihatan riang disimbahi cahaya mentari pagi...enaknya bersantai duduk di taman sambil memandang bunga2 roses..nyaman sekali...




Ini pun dari pokok rose warna merah lembayung yang sama...tapi yang ni bunga dari ranting yang lain...yang ni molek saje kembangnya mekar bulat..saya mengambil gambarnya pada waktu pagi ketika matahari mulai naik sebab itu kelihatan ada banyak sinar matahari mengelilinginya...


.

Roses Merah Lembayung/Magenta













Rose warna merah lembayung atau magenta ini baru saya tau menurut kawan-kawan dalam Malaysia Rose Society ialah sejenis rose kampung...baunya memang segar harum..sukanya dalam hati sebab dah lama saya cari spesies yangwangi-wangi ni untuk memenuhi sudut taman mini roses saya...keharumannya seakan bau sirap rose yang biasa kita beli tu...lebih kurang macam tu la segar sungguh...alhamdulillah berjumpa juga akhirnya dengan spesies ni...


.

Saturday, July 2, 2011

Bunga Melor...






Di hujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan di taman yang indah, bunga melur
Hanya di sudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai

Tapi warnamu yang putih, bunga melur
Tandanya suci dan murni, bunga melur
Walaupun ditiup debu
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu

Ibarat gadis desa, bunga melur
Sederhana...
Walau kering tak bercahaya, bunga melur
Baumu memikat jiwa

Semoga sabar dahulu, bunga melur
Pada di satu ketika, bunga melur
Masanya kan menjelma
Disanjung dan dipuja
Oleh gadis remaja



.

Wednesday, June 29, 2011

Rose Merah Lembayung Berbatik



kuntum bunga paling besar..


sederhana..
kuntum bunga yang sedang..


kuntum yg paling kecil..
kuntum 4 sekawan atau 4 dara..hehe



Bunga Rose warna merah lembayung ini semasa saya beli di nursery tak nampak sangat corak batiknya sebab masih kudup lagi..saya ingatkan hanya sedikit saje calitan batiknya..tapi bila sudah kembang corak batiknya kelihatan lebat sekali hampir menenggelamkan warna merah lembayung rose itu sendiri...

Walaupun begitu saya lebih suka corak yang biasa tapi dengan adanya merah lembayung batik ini lebih memeriahkan lagi keluarga roses di laman saya...alhamdulillah kesemua roses saya masih bertahan hingga hari ini..Sebenarnya bunga-bunga rose saya mengembang setiap hari dan pengembangan kelopak bunga berbeza pada setiap hari..saya fikirkan sudah berhenti mengembang sebab sudah nampak besar juga kembangnya..rupanya keesokan harinya kelopaknya akan berubah lagi dan berbeza dari semalam..mungkin sampai satu tahap ia akan berhenti mengembang juga...Saya tak pasti pula berapa Fasa setiap kelopak rose akan mengalami proses pengembangan...

Sampai di sini dulu ...bersambung di lain kali...

.

Monday, June 27, 2011

Rose Warna Lemak Ketam Cair..

suka benar saya melihat kelopaknya yang kemas tersusun dan warnanya yang lembut dan syahdu...MasyaAllah...

yang ini selepas beberapa hari di rumah

wajah ketika mula-mula dibeli

Roses yang ni pun saya suka sangat...warnanya cukup lembut dan mendamaikan ..segar saje jiwa bila melihatnya...rasanya macam nak duduk mengadap bunga ni saje tak nak ke mana-mana...Ada satu hari tu saya dah terkhayal sekejap masa belek-belek bunga ni sampai tak sedar suami saya sergah sebab dah sampai masa nak pergi kerja..hehe

Tak tau nak cakap warna apa bunga ni tapi boleh la juga saya kategorikan dia dalam kumpulan pink ...kalau tengok betul-betul dia bukan krim tapi lebih kepada warna lemak ketam versi yang cair....


.

Sunday, June 26, 2011

Pink Roses Ku


warna dan kelopaknya yang berlapis tu saya suka ...

rantingya melentur panjang macam spider pulak...hehe tapi cantik..


yang ini mini rose..




Pink roses warna merah jambu air bandung ini ialah salah satu spesies pink yang saya ada...rasanya warna yang ini paling saya suka..sederhana ianya tak terang sangat tak lembut sangat..saya ada 2 pasu warna pink ini..semasa dibeli satu pasu berbunga banyak dan satu pasu lagi tak berapa banyak...pasu yang memiliki bunga yang berkembang banyak tu ialah spesies rose mini..yang rantingnya bercabang agak panjang itu saya tak tau pula jenis rose apa..kemungkinan dari baka rose kampung juga...

Kami beri baja seminggu sekali..kuantiti baja kami buat mengikut saiz pasu...kalau kecil 1 sudu teh sahaja...yang besar 1 sudu besar...siram juga mengikut kelembapan tanah ..kalau agak2 kering baru siram...dan kami letakkan pasu-pasu rose ini di bawah teduhan ...ini yang diajar oleh nyonya yang jual bunga di nursery...selepas ini kami akan menambahkan lagi langkah-langkah penjagaan yang diberitahu oleh kawan-kawan dalam Kelab Roses Malaysia pula...terimakasih kepada mereka yang banyak memberi petua-petua dalam menjaga pokok roses ini.. :-)


.

Saturday, June 25, 2011

Penambahan Roses Baru



pembelian benih roses kedua kalinya...bulan Jun

pembelian benih rose kali pertama bulan Mei pada tahun ini setelah hampir setahun lebih tak jalankan aktiviti memelihara rose...


Sebelum membeli benih roses ini semua di nursery saya bercadang menanam roses dari baka kampung sahaja...sebab saya fikir hanya dengan menanam spesies baka kampung pokok rose dapat hidup lama dan lasak.. lagipun suami saya sudah tidak yakin membeli benih roses dari nursery lagi ..hehe..saya sudah mencuba bertanya dengan beberapa orang kampung yang saya kenali tapi tak berjaya juga untuk mendapatkan benihnya...kebanyakan orang yang tinggal di kampung pun beli benih di nursery juga.. :-)

Kebetulan waktu itu jalan yang kami lalui semasa menghantar anak ke sekolah terdapat sebuah rumah ada menanam pokok rose kampung yang sangat subur berbunga lebat berwarna pink lembut pulak tu...setiap hari saya tidak akan melepaskan peluang melihat ke arah pokok bunga yang ditanam oleh tuan rumah ini...semangat nak memiliki pokok rose terus membara semula..

Suatu hari selepas berbulan-bulan melalui jalan itu saya minta suami berhenti singgah di rumah kakak pemilik bunga rose kampung yang cantik ini kerana saya nak cuba minta keratan batang sekiranya dia ada mencantas pokok bunganya..saya pun tebalkan muka pagi-pagi selepas hantar anak dari sekolah terus singgah dan bertanya....aduhh malu dan malang sekali nasib saya hari itu...huhu...dengan bersahaja kakak tu cakap dia baru saje cantas beberapa hari lepas dan dah buang serta berjanji kalau dia cantas lagi dia akan bagi.....terkilan juga saya dengan jawapannya sebab saya tengok batang rosesnya itu besar-besar dan tak salah kalau dia bagi saya 2 inci pun cukup kalau terlalu sangat sayang pun.....tapi kena ingat balik lah kan tu maknanya bukan rezeki saya....masa tu kecewa lah juga sebab memang susah nak cari benih rose kampung ni...

Walaupun kakak itu menolak permintaan saya sekali tapi saya tetap tak jemu-jemu mengajak suami saya ronda-ronda curi-curi melihat pokok rosenya itu dari dalam kereta berkali-kali ...hehe...iaitu selepas hampir setiap kali hantar anak ke sekolah...Bila dah puas tengok tu kemudian balik rumah...saya cari-cari pula pasu di laman kalau masih ada bunga rose......tak sangka ada rupanya dalam 3 pasu yang saya sudah ceritakan di sini ...tu la saya pun satu ..selama ni tak pernah ambil kisah keadaan di laman ...saya perasan masih ada 3 pasu roses ini bulan Februari lepas....sukanya hati masa tu...saya pun terus beri perhatian siram dan suami pula tolong bajakan... tak lama selepas itu 3 pasu roses ini menampakkan tanda-tanda yang positif...dari situ lah suami saya bersemangat semula mencari benih roses di nursery...

Selepas sudah ada benih roses yang boleh dikatakan banyak sekarang ni saya masih tetap suka meronda-ronda melihat rose kampung yang saya pernah minta benihnya dulu...hehe..suatu hari suami saya pun berkata sudahlah tak payah tengok rose dia lagi roses kita kan dah banyak.... :-) betul juga kata-kata suami saya itu......tapi kalau dah lama tak tengok suatu hari saya akan ajak juga intai-intai roses kakak tu...hehe

.

3 Pasu Roses ..

setelah sekian lama hampir setahun barulah pokok rose krim mengeluarkan bunga yang besar berdiameter 4 inci...


pokok rose warna krim ini kami letak bersebelahan pokok rose warna pink lemak ketam yang bersaiz sebesar duit syiling 50 sen tadi


walau mengeluarkan bunga sebesar duit syiling 50 sen..saya tetap suka..mungkin juga dia spesies rose mini..waktu ini ada 2 lagi putik bunga belum kembang..


pokok rose yang mengeluarkan bunga sebesar duit 50 sen seperti di atas dibiarkan saje terus hidup memanjang...belum masanya hendak dincantas...



putik bunga mulai mengembang ...juga bersaiz sebesar syiling 50 sen.samada ianya kurang vitamin atau mungkin dia juga dari spesies rose mini

pada asalnya hanya tinggal tunggul dan beberapa helai daun..saya minta pada suami saya supaya meletak saje baja yang ada di rumah yang diguna untuk membaja pokok berdaun..alhamdulillah keluar putik bunga..


Hampir setahun lebih kami tidak menambah benih roses di rumah....sebab suami saya sudah bosan membeli dan menjaganya...rupanya kami silap menjaganya...kerana memikirkan keadaan persekitaran laman yang bersuhu panas suami saya dengan rajinnya asyik menyiram pokok-pokok ini sehingga nampak ianya seperti terlebih air dan membajanya secara berlebihan...sebab mungkin tak sabar nak melihat pokok ini cepat besar dan keluarkan bunga yang banyak...rupanya kami tersilap...

Kini saya mulai rajin mencari info tentang bunga roses ini di mana-mana ruang sembang dan laman web ..Kebetulan suatu hari seorang teman di FB mencadangkan saya mendaftar ke Kelab Pecinta Roses Malaysia...maka dari situ mereka yang sudah arif tentang roses ini mencadangkan masuk ke forum cari untuk menimba sebanyak info yang boleh....baru masuk Part1..banyak betul cerita pasal bunga rose...


.